Pada 10 Disember 2013 tersebarnya satu
artikel atau pendedahan kononnya JPJ saman pemandu lori yang menghantar
bantuan mangsa banjir yang membawa muatan berlebihan dari yang
sepatutnya. Pemandu lori itu ditahan di Tol Gombak.
Lantaran dari pendedahan yang tidak diketahui kesahihannya, JPJ menerima
pelbagai kritikkan kononnya JPJ tidak berhati perut dan bertolak ansur
dengan pemandu lori berkenaan yang melakukan kerja yang mulia.
Ini gambar notis saman dari JPJ yang didedahkan oleh pemandu lori tersebut.
Nampak seperti benar jer notis saman tersebut. Cuba perhatikan gambar di bawah:
Anda nilaikan sendiri.
Gambar Kiri: 'Saman' yang dikeluarkan oleh JPJ kepada pemandu lori penghantar bantuan mangsa banjir.
Gambar Kanan: Contoh notis rasmi JPJ. Lengkap dengan no.siri dan kepala surat JPJ.
P/s: Hebat pegawai yang 'saman' lori tu, usung laptop dan printer portable ke?
BACA PENDEDAHAN FITNAH TERSEBUT DI BAWAH INI:
Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya
sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”
Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal
apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak
dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.
Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut
lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu
mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.
“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan,
apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup
muatan yang dibenarkan?
“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat
lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur
sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak
sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori
tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.
“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang
rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke
Kuantan kerana laluan di tutup.
“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan
diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang
dikeluarkan,” ujarnya.
Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan
sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. Antara barang yang
dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan
makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.
“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan
mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah
tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.
“Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak
ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat
memerlukan barangan tersebut,” katanya
0 comments:
Post a Comment