- Suami Lari Rumah Tak Tahan Isteri Minta "16 ROUND" Sehari
- Gadis Bawar Umur Offer BODY Sebagai Upah Tutup Mulut
- Khidmat Pelacur 3 Serangkai Tawar Mandi Buih, Urutan Badan Ke Badan Dan Urutan Sejuk Dan Panas
- Macam - Macam : Foto Gadis Garu Punggung Laris Terjual 2 Juta Keping
Aktiviti maksiat
kedua-dua beranak itu yang tinggal di Rumah Pangsa Bukit Depu, Kuala
Ibai, di sini, terbongkar apabila mereka antara 52 pengunjung yang
ditahan dalam serbuan ‘Ops Noda Bulan Ramadan’ oleh anggota daripada
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat daerah (IPD) Kuala Terengganu
bersama anggota Penguat kuasa Syariah Kuala Terengganu.
Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 1 pagi itu, ‘si ibu’ yang berusia 34 tahun dan si anak 16 tahun ditangkap ketika sedang asyik menuang minuman keras sambil berhibur dengan dikelilingi lelaki bukan muhrim, rata-rata dalam kalangan buruh dan nelayan.
Kedua-dua beranak itu yang berpakaian menjolok mata
ditahan bersama lima wanita dan tujuh lelaki di bawah Seksyen 23 (1)
Enakmen Jenayah Syariah Takzim Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan
minum minuman memabukkan.
Turut ditahan, seorang pondan berusia 32 tahun atas kesalahan memakai pakaian dan menyamai perempuan di tempat awam.
Siasatan awal
mendapati, dua beranak itu yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan
sebelum ini pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan sama dan
didapati tidak pernah insaf.
Serbuan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung terdapat premis yang membenarkan remaja bawah umur masuk dengan menawarkan pakej serendah RM10 sahaja jika tidak mahu minum minuman keras di samping turut menjalankan urus niaga lebih masa.
Dalam serbuan itu juga, beberapa botol minuman keras dan gelas minuman keras
turut dirampas sebagai barang kes manakala tiga pekerja premis terbabit
yang beragama Islam serta pemiliknya turut ditahan atas kesalahan
menyediakan dan menjual minuman keras kepada orang Islam.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan tangkapan dan operasi berkenaan.
sumber : mazeermohamad
0 comments:
Post a Comment