Searching...
Tuesday, 18 February 2014

Wang KWSP RM300000 Habis Dikikis Janda Dari Seberang

03:31




wang caruman, KWSP, bersara, penari dangdut, janda seberang, isteri kedua, hubungan sulit, kelab dangdut,
KUALA LUMPUR: Memperoleh wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kira-kira RM300,000 sepatutnya melegakan Azmi (bukan nama sebenar) bersama isteri dan empat anak mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.

Bagaimanapun, musibah pula melanda apabila wang itu habis dikikis penari dangdut, Ratna, 35, yang juga janda dari seberang selepas lima tahun menjadi isteri keduanya.

Ratna kemudian meminta cerai dengan alasan menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum pulang ke Indonesia dengan meninggalkan dua anak kecil hasil perkahwinan mereka selepas menyedari Azmi, 65, tiada wang lagi.

Episod hitam itu bermula 10 tahun lalu apabila Azmi, bekas pegawai syarikat swasta, terikut-ikut perangai rakan sebaya yang gemar berfoya-foya di kelab dangdut sekitar ibu kota selepas menjadi orang kaya baru (OKB) kerana menerima wang KWSP.

Disebabkan masih banyak wang, kelab dangdut menjadi rumah kedua Azmi hingga jatuh cinta dengan penari dangdut.


sumber : mforum
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment