Inilah foto dua pelajar sekolah yang membuat projek di dalam kelas sambil diperhatikan rakan sekelas yang lain. Adegan panas mereka ini telah dirakam oleh seorang rakan mereka dan telah disebarkan di facebook.
Namun, menurut sumber, kejadian ini berlaku di Indonesia. Walaupun bukan di negara kita, Malaysia, tetapi apa yang ingin disampaikan adalah tentang keruntuhan akhlak dan sahsiah di kalangan remaja pada hari ini yang jelas semakin pincang. Mungkin jika dahulu perkara ini langsung di luar pemikiran kita pada awalnya, kemudian mula menular di negara barat dan sekarang di negara jiran kita juga sudah terjebak dengan budaya yang digelar "seks bebas" ini.
Tiada lagi perasaan segan silu di antara teruna dan gadis ini. Tambahan pula mereka masih di alam persekohan yang sepatutnya menjadi medan untuk mereka membina dan mencorak masa hadapan mereka dengan tinta-tinta ilmu dan sahsiah namun sebaliknya telah berlaku.
Inilah hakikat yang perlu kita semua perlu terima. Kanak-kanak pada hari ini bukan lagi seperti kanak-kanak dahulu, pada seawal usia persekolahan lagi mereka sudah berani untuk mencuba perkara yang di luar jangkaan kita bahkan mungkin mereka lebih mahir tentang perkara tersebut berbanding kita.
Perkara ini tidak mustahil lagi kerana pada hari ini media massa seperti televisyen dan satu kotak elektronik yang diberi nama komputer telah begitu cepat menyalurkan perkara-perkara yang tidak patut diketahui oleh kanak-kanak pada hari ini.
0 comments:
Post a Comment