Pelabuhan Klang: Luluh hati seorang ibu apabila mendapati seorang lelaki tanpa seurat benang tidur sekatil dengan anak gadisnya berusia 14 tahun ketika dia mahu mengejutkan anaknya itu untuk solat Subuh, pagi kelmarin.
Kejadian
berlaku jam 6 pagi di Bandar Armada Putra, dekat sini menyebabkan wanita
berusia 30-an itu menjerit ketakutan lalu memaklumkan kepada ahli
keluarga lain sebelum melaporkan kejadian kepada polis.
Susulan laporan
itu, sepasukan anggota polis yang tiba di rumah berkenaan berjaya
menahan lelaki terbabit yang tidak dapat melarikan diri selepas dikepung
ahli keluarga wanita berkenaan.
Ketua Polis
Daerah Klang Selatan Asisten Komisoner Mohamad Mat Yusop mengesahkan
menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan masih
dilakukan.
“Memang ada
laporan mengenai kejadian itu diterima, tetapi saya tidak dapat mengulas
lanjut perkara itu kerana siasatan masih dilakukan yang pasti kes
disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Harian Metro difahamkan, ibu mangsa tidak mengetahui bagaimana lelaki itu menyelinap masuk ke bilik anak gadisnya dan hanya menyedari kehadiran lelaki itu sejurus membuka pintu bilik yang tidak berkunci.
Sejurus
ditahan, suspek dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk diambil
keterangan bagi membantu siasatan dan kes itu kini dikendalikan Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan
manakala mangsa turut menjalani rawatan di hospital.
Read more: sumber
0 comments:
Post a Comment