Gayo Lues ( Aceh ) : Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap keranamembunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya .
Baharudin menikam tetamu terbabit , Alim , menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng .
Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul , Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa .
" Dia pernah gila . Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Kota Bharu . Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya , " kata Asrijul .
" Dia pernah gila . Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Kota Bharu . Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya , " kata Asrijul .
Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin , termasuk Alim .
" Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis . Alim menjawab tidak tahu . Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu , " kata Asrijul .
Menurutnya , Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental .
Read more: sumber
0 comments:
Post a Comment