Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.
Kisah itu
terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid
tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru
terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.
Sebaik sahaja
mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan
polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.
Ketiga-tiga
murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah
tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua
sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi
mangsa guru tersebut.
Difahamkan,
perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu
bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.
Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.
Ketua Polis
Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan
mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
- Isteri Curang - Ketagih Hubungan Seksual Dengan Remaja 14 Tahun
- Sumbang Mahram - Ibu Dan Anak Mati Melekat Akibat Berzina
- See how you can get up to RM50 rebate on your favourite iTunes and Google Play apps.
- Fulamak der, buat parodi pun boleh menang hadiah lumayan?
Read more: sumber
0 comments:
Post a Comment